Taksonomi dan evolusi Singa

Dua kladogram yang diusulkan untuk Panthera. Yang atas berdasarkan kajian 2006 dan 2009, sementara yang bawah kajian 2010 dan 2011.

Saudara rapat singa tidak lain tidak bukan ahli-ahli lain genus Panthera, iaitu harimau belang, harimau bintang salji, jaguar, dan harimau bintang. Kajian dari tahun 2006 dan 2009 menyimpulkan bahawa jaguar adalah spesies saudara kepada singa dan harimau bintang adalah takson saudara kepada klad jaguar/singa.[9][10] Tetapi kajian 2010 dan 2011 menukar posisi harimau bintang dan jaguar.[11][12] P. leo berevolusi di Afrika sekitar 1 juta dan 800,000 tahun dahulu sebelum tersebar di seluruh kawasan Holartik.[13] Singa muncul dalam rekod fosil di Eropah buat kali pertama 700,000 tahun dahulu dengan spesies Panthera leo fossilis di Isernia, Itali. Daripada singa inilah turunnya singa gua (Panthera leo spelaea)[14] yang muncul sekitar 300,000 tahun dahulu. Singa pupus di Eurasia utara di hujung pengglasieran terakhir sekitar 10,000 tahun dahulu; ini mungkin sampingan kepada kepupusan megafauna Pleistosen.[15][16]

Subspesies

Peta taburan subspesies singa yang diterima umum pada akhir abad ke-20.

Dari pertengahan abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-20, 26 subspesies singa telah diperikan. Semuanya dibezakan dari segi rupa, saiz dan warna surai. Oleh sebab ciri-ciri ini banyak bezanya sesama individu, kebanyakan forma-forma ini mungkin bukan subspesies sejati, lebih-lebih lagi kerana berdasarkan bahan-bahan muzium yang mungkin mempunyai ciri-ciri morfologi yang "ketara tetapi abnormal".[17] Sehingga tahun 2016, lapan subspesies diterima dan dikira sah.[16][18]

Sedangkan status subspesies singa Asia (P. l. persica) diterima umum, hubungan sistematik antara singa Afrika masih belum diselesaikan sepenuhnya. Variasi mitokondrion pada singa Afrika yang hidup kelihatan sederhana mengikut kajian-kajian terbaru, maka semua singa sub-Sahara kadang-kadang dikira sebagai satu subspesies. Bagaimanapun, kajian terbaru mendedahkan bahawa singa dari barat dan tengah Afrika berbeza genetik dengan singa selatan dan timur Afrika. Menurut kajian ini, singa Afrika Barat-Tengah lebih rapat dengan singa Afrika Utara dan Asia berbanding singa Afrika Selatan dan Timur. Penemuan ini mungkin dijelaskan dengan peristiwa kepupusan singa akhir Pleistosen di barat dan tengah Afrika, disusuli pendudukan semula kawasan tersebut oleh singa dari Asia.[19]

Kajian-kajian terdahulu yang rata-rata tertumpu pada singa timur dan selatan Afrika, sudah pun menunjukkan bahawa semua ini boleh terbahagi kepada dua klad utama: satu ke barat Great Rift Valley dan satu lagi ke timur. Singa Tsavo di Kenya timur lebih rapat genetik dengan singa Transvaal di Afrika Selatan, daripada singa Banjaran Aberdare di Kenya barat mahupun yang lebih ke barat seperti singa Uganda.[20] Satu lagi kajian mendedahkan tiga jenis utama singa, iaitu satu Afrika Utara–Asia, satu selatan Afrika dan satu Afrika Tengah.[21] Hasil kajian filogeografi menandakan bahawa Ethiopia tenggara, Somalia selatan dan Kenya utara adalah kawasan campuran genetik antara P. l. leo dan P. l. melanochaita, malahan singa di bahagian utara Afrika Tengah lebih dekat genetiknya dengan singa di Afrika Utara dan Barat, manakala singa di bahagian selatan Afrika Tengah pula lebih dekat dengan singa Selatan Afrika.[22]

Berdasarkan morfologi 58 biji tengkorak singa di tiga buah muzium Eropah, subspesies krugeri, nubica, persica, dan senegalensis dinilai berasingan; tetapi bleyenberghi bertindan dengan senegalensis dan krugeri. Singa Asia persica paling jauh bezanya, sementara singa Tanjung mempuyai ciri-ciri yang mendekatkan lagi dengan P. l. persica daripada singa sub-Sahara yang lain.[23]

Majoriti singa yang disimpan di zoo adalah kacukan pelbagai subspesies. Kira-kira 77% singa tawanan yang didaftarkan oleh Species360 tidak diketahui asal-usulnya. Sungguhpun demikian, singa-singa terbabit mungkin membawa gen-gen yang pupus di alam liar, dan oleh itu mungkin penting untuk memelihara kepelbagaian genetik keseluruhan singa.[18] Disangka bahawa singa-singa yang diimport ke Eropah sebelum pertengahan abad ke-19 rata-ratanya singa Barbar dari Afrika Utara ataupun singa dari Tanjung.[24]

Terkini

Ekoran pemerian pertama spesies singa oleh Carl Linnaeus, beberapa spesimen singa telah diperikan dan diusulkan sebagai subspesies. Daripada itu 11 disahkan pada 2005. Dari 2008 hingga 2016, Senarai Merah IUCN menggunakan hanya dua nama subspesies untuk singa, iaitu P. l. leo untuk populasi singa Afrika dan P. l. persica untuk populasi singa Asia.[25] [26] Pada 2017, Pasukan Petugas Pengelasan Kucing dalam Kumpulan Spesialis Kucing Suruhanjaya Kemandirian Spesies IUCN menggolongkan populasi singa di Asia dan Afrika Barat, Tengah dan Utara kepada P. l. leo, dan yang Afrika Timur dan Selatan pula kepada P. l. melanochaita.[27]

Jadual yang berikut berasaskan pengelasan spesies Panthera leo yang disediakan dalam Mammal Species of the World. Ia juga mencerminkan pengelasan yang digunakan oleh penilai Senarai Merah IUCN serta semakan oleh Pasukan Petugas Pengelasan Kucing:


SubspesiesHuraianGambar

Singa Afrika Utara (P. l. leo)[28](Linnaeus, 1758), syn. P. l. nubica (de Blainville, 1843), P. l. somaliensi (Noack, 1891) P. l. webbiensis Zukowsky, 1964

Inilah subspesies singa nominat. Di Afrika Utara, singa liar pupus di peringkat tempatan disebabkan pemburuan berlebihan; singa Barbar terakhir yang diketahui terbunuh di Maghribi pada 1920.[29] Mungkin ada beberapa singa tawanan dari Afrika Utara, terutamanya 90 individu keturunan koleksi Diraja Maghribi di Zoo Rabat.[30][31] Genetiknya lebih rapat dengan singa Asia daripada singa Timur dan Selatan Afrika.[32]Populasi ini pernah terdapat di Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia, Mesir dan Somalia.[33] Kini, singa pupus di Afrika Utara.

Singa Afrika Barat (P. l. leo)[34] dahulunya (P. l. senegalensis) (Meyer, 1826), syn. P. l. kamptzi (Matschie, 1900)[35]

Spesimen jenis ini berasal dari Senegal. Populasi ini tergolong sebagai terancam genting pada 2015 dan bermandiri di Barat Afrika dari Senegal, Burkina Faso, Benin hingga Niger dan Nigeria. Mungkin pupus di Mauritania, Mali, Ghana, Guinea, Ivory Coast, Gambia, Guinea-Bissau, Sierra Leone dan Togo.[36]

Singa Asia (P. l. leo) dahulunya (P. l. persica) (Meyer, 1826)

Populasi singa Asia kini hanya bermandiri di negeri Gujarat, India dan tersenarai sebagai terancam.[37] Hingga akhir abad ke-19, taburan asalnya mencakupi Turki timur, Iran, bekas Wilayah Sind hingga India Tengah.[38] Populasi India pulih dari ambang kepupusan kepada 411 ekor pada 2010. Dilindungi di Taman Negara Hutan Gir dan empat buah kawasan terlindung di rantau berkenaan.[39][40]

Hasil kajian filogeografi menunjukkan bahawa leluhur singa Asia berpecah dari singar Afrika Sub-Sahara antara 74,000 hingga 203,000 tahun dahulu.[41] Paling rapat bersaudara dengan singa Afrika Utara dan Afrika Barat.[42]

Singa Tanjung (P. l. melanochaita) (Smith, 1842)

Spesimen jenis ini berasal dari Tanjung Harapan.[43] Populasinya hidup di Cape Province dan Natal, Afrika Selatan.[44]

Singa Afrika Tengah (P. l. leo) dahulunya (P. l. kamptzi) (Matschie, 1900), (P. l. azandica) (Allen, 1924)

Spesimen jenisnya adalah tengkorak dari utara Cameroon dan seekor sina jantan dari timur laut Congo jajahan Belgium.Bermandiri di Cameroon, Chad, Republik Afrika Tengah, bahagian timur laut Republik Demokratik Congo dan Angola. Pupus di peringkat tempatan di Republik Congo, Gabon, Burundi, dan mungkin juga Guinea Khatulistiwa.

Singa Afrika Timur (P. l. melanochaita),[45] (P. l. leo) formerly P. l. massaica (Neumann, 1900), syn. P. l. sabakiensis (Lönnberg, 1910), P. l. roosevelti (Heller, 1914); P. l. nyanzae (Heller, 1914); P. l. hollisteri (Allen), 1924) P. l. webbiensis (Zukowsky, 1964)[46]

Beberapa spesimen jenis dihuraikan dari negara taburan Afrika Timur.[47]Di Afrika Timur, populasi singa terdapat di Habsyah Kenya, Somalia, Sudan Selatan, Tanzania dan Uganda, tetapi pupus setempat di Djibouti, Mesir dan Eritrea.
Singa Afrika Selatan (P. l. melanochaita)[48] (P. l. leo) formerly P. l. bleyenberghi (Lönnberg, 1914), P. l. krugeri (Roberts, 1929), syn. P. l. vernayi (Roberts, 1948)

Beberapa spesimen jenis dihuraikan dari taburan negara Selatan Afrika.[49] Di Selatan Afrika, singa terdapat di Namibia dan utara Botswana. Dianggap pupus di peringkat tempatan di bahagian barat daya Republik Demokratik Congo.

Pleistosen

Subspesies singa yang lain, atau spesies saudara singa moden,[50] wujud pada zaman prasejarah:

  • P. l. fossilis, P. fossilis atau P. spelaea fossilis, dikenali sebagai singa gua Eropah Pleistosen Tengah, mekar sekitar 500,000 tahun dahulu; fosil ditemui dari Jerman dan Itali. Lebih besar daripada singa Afrika moden, besarnya setading dengan singa gua Amerika dan sedikit besar daripada singa gua Eropah Pleistosen Awal.[51][52]
Lakaran singa di Gua Chauvet, Perancis
  • P. l. spelaea atau P. spelaea, dikenali sebagai singa gua Eropah, singa gua Eurasia, atau singa gua Eropah Pleistosen Awal, muncul di Eurasia 300,000 hingga 10,000 tahun dahulu.[51] Dikenali daripada lukisan gua Paleolitik, ukiran gading dan patung liat,[53] bercirikan telinga capang, ekor berjambul, dan mungkin belang pudar seakan-akan harimau. Adapun lingkaran bulu atau surai primitif melilit leher, mungkin menandakan jantan,[54] tetapi banyak adegan menunjukkan kelakuan memburu (iaitu betina).
  • P. l. atrox atau P. atrox, dikenali sebagai singa Amerika atau singa gua Amerika, banyak terdapat di benua Amerika dari Kanada hingga Peru pada Epok Pleistosen hingga sekitar 10,000 tahun dahulu. Bentuk ini merupakan klad saudara P. l. spelaea, dan mungkin muncul apabila sebuah populasi P. l. spelaea menjadi terpencil di selatan lembar ais benua Amerika Utara sekitar 340,000 tahun dahulu.[55] Antara subspesies singa terbesar yang pernah wujud, panjang badannya dianggarkan 1.6–2.5 m (5.2–8.2 ka).[56]

Rujukan

WikiPedia: Singa http://www.adelaide.edu.au/acad/publications/paper... http://archive.gg.ca/heraldry/pub-reg/project-pic.... http://abc.museucienciesjournals.cat/files/ABC_38-... http://www.bartleby.com/61/46/S0424600.html http://www.beringia.com/research/lion.html http://books.google.com/books?id=t2EZCScFXloC&pg=P... http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA5... http://www.indialivetoday.com/gir-forest-asiatic-l... http://timesofindia.indiatimes.com/city/ahmedabad/... http://news.nationalgeographic.com/2016/04/160418-...